FALSAFAH PENDIDIKAN
Pelajaran adalah sangat penting untuk masa depan anak bangsa. Kita sebagai ibu bapa yang prihatin mestilah menitik beratkan pelajaran dalam diri anak-anak kita. Belajar dapat didefinisikan sebagai sesuatu usaha atau kegiatan yang bertujuan untuk membuat perubahan di dalam diri seseorang, dari segi tingkah laku, sikap, kebiasaan, ilmu pengetahuan, keterampilan, dan sebagainya. Sebagai seorang guru falsafah pendidikan saya ialah membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan betul sehingga mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sebelum memulakan kelas saya perlulah mengulangkaji topik tersebut terlebih dahulu agar saya dapat memberikan yang terbaik untuk mendidik para pelajar saya. Semua pelajar mempunyai kemampuan dan cara belajar yang berbeza-beza. Saya sedar bahawa untuk memastikan para pelajar saya tidak ketinggalan dalam pelajaran saya mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran saya seperti linguistik, visual, pendengaran dan kinestetik. Sela...